Apakah aku masih bisa
Mencinta lagi
Setelah terluka sekian lama
Masih ku pendam cinta itu
Telah ku cuba membuang
Jauh rasa itu
Tapi tak pernah
Hilang wajahnya
Dari relung hati
Cinta Rabbi cuba ku gapai
Tapi aku selalu jatuh, dan jatuh lagi
Setiap gunung ku cuba daki
Lurah lembah aku jauhi
Tetap aku sering tersasar
Ampuni aku, Tuhan
Tapi aku masih percaya
Dia tercipta untukku
Jikalau tidak
Apa ertinya mimpi itu
Apa maksudnya istikharahku?
Kalau benar bukan dia
Tunjuki aku orangnya
Kerana aku lemah sendirian
Aku lemah seorang
Apa aku harus mati
Untuk mendapatkan sebuah cinta?
Karya oleh hanis aleeya http://detikhatialeeya.
Serangkai bait
ReplyDeleteSekadar picisan..
Aku bukan karyawan ulung..
Entah apa harus ku ucap..
Sekadar berterima kasih
Adakah cukup?